Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YAB Menteri Besar Johor & Pemain Industri Pembuatan

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YAB Menteri Besar Johor & Pemain Industri Pembuatan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi konsultasi bersama pemain industri pembuatan, yang juga disertai oleh wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

 

Antara cadangan yang dikemukakan ialah mewujudkan gelembung perjalanan kepada pelabur berpotensi tinggi untuk memastikan Johor dapat terus menarik pelaburan baharu di samping mengekalkan pelaburan sedia ada.

Bagi sesi konsultasi bersama industri kimia dan minyak sawit, pemain industri telah menekankan kepentingan faktor kelestarian dan ekonomi pekeliling (circular economy) sebagai salah satu tarikan utama kepada pelabur asing, seperti penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) dan kitaran semula sisa minyak sawit kepada makanan haiwan.