Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YB Menteri Alam Sekitar dan Air

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YB Menteri Alam Sekitar dan Air

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar Dan Air dan wakil-wakil kementerian tersebut untuk sesi konsultasi #Bajet2022.

Kelestarian alam sekitar adalah antara faktor penting dalam agenda mensejahterakan #KeluargaMalaysia, khususnya dalam memastikan generasi akan datang dapat menikmati keindahan khazanah alam di bumi bertuah ini.

Di bawah #Belanjawan2021, Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif khusus untuk mendokong agenda ini seperti dana RM20 juta buat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk inisiatif pemeliharaan alam sekitar, RM50 juta untuk pemeliharaan sungai, Program Penanaman Pokok Bakau dan Bon Kelestarian, iaitu bon pertama diterbitkan di Malaysia untuk tujuan pemeliharaan alam sekitar dan sosial.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab dan cinta akan negara, marilah sama-sama kita berganding bahu dalam memelihara alam sekitar kita agar dapat dinikmati generasi akan datang dan seterusnya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Menteri dan seluruh delegasi di atas input dan cadangan yang diberikan.