Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YB Menteri di JPM (Ekonomi)

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YB Menteri di JPM (Ekonomi)

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan perbincangan susulan bersama YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) mengenai Rancangan Malaysia Ke-12.

Kementerian Kewangan (MOF) secara dasarnya komited untuk menyediakan peruntukan kewangan secukupnya bagi membiayai perbelanjaan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tempoh 2021 –2025.

Projek-projek pembangunan yang kritikal kepada kesejahteraan #KeluargaMalaysia dan ekonomi negara amat penting bagi memastikan momentum pemulihan ekonomi pasca COVID-19 dapat diteruskan.

Antara fokus Rancangan Malaysia Ke-12 ialah pembangunan yang berunsurkan kelestarian dan ‘community-first’, supaya ia dapat memberi impak berganda kepada negara seperti penciptaan pekerjaan dan kemajuan teknologi. MOF akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikan mandat ini.