Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama YB Menteri Di JPM (Hal Ehwal Agama)

Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama YB Menteri Di JPM (Hal Ehwal Agama)

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Senator Tuan Haji Idris Hj Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta delegasi kementerian.

 

 

Kerajaan sentiasa fokus kepada usaha menegakkan syariat Islam. Baru-baru ini juga, Kerajaan telah menyalurkan peruntukan RM100 juta, menerusi JAKIM, kepada Sekolah Agama Swasta, Rakyat dan Persendirian serta institusi tahfiz dan pondok yang berdaftar. ⠀⠀ ⠀⠀

Selain itu, di bawah #Belanjawan2021, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.4 bilion untuk pembangunan Islam menerusi inisiatif seperti usaha memperkasa pengurusan wakaf dengan kerjasama pihak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), menaikkan kadar elaun seramai 4,000 Guru Takmir dan bantuan khas one-off RM500 kepada hampir 70,000 Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan KAFA.