Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YB Menteri Kanan Kerja Raya

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YB Menteri Kanan Kerja Raya

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya dan delegasi kementerian tersebut secara maya.

Sesi perbincangan tersebut berkisar kepada penambahbaikan kepada infrastruktur seperti jalan raya, serta pemerkasaan polisi seperti infrastruktur berteraskan kelestarian dan mesra komuniti (community-friendly).

Di bawah #Belanjawan2021, peruntukan telah diberikan kepada Kementerian Kerja Raya untuk meneruskan projek infrastruktur berskala besar, pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya, penambahbaikan infrastruktur luar bandar serta sekolah. Selain itu, Kerajaan juga telah melanjutkan tempoh permohonan galakan elaun cukai pelaburan bagi pengeluar komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS) sehingga 31 Disember 2025.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Menteri dan delegasi atas sesi perbincangan dan segala input yang diberikan akan diteliti #TeamMOF untuk diterapkan ke dalam Belanjawan 2022.