Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama YB Menteri Kanan MITI

Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama YB Menteri Kanan MITI

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi konsultasi secara maya bersama YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk mendapatkan input yang boleh diterapkan ke dalam #Bajet2022.

Kerajaan sentiasa berusaha keras dalam melaksanakan langkah proaktif bagi memastikan pemulihan ekonomi terus berada di landasan yang betul.

Antara yang utama buat masa ini adalah memastikan keyakinan pelabur asing tidak tergugat, projek infrastruktur berimpak tinggi terus berjalan dan menarik pelaburan baharu ke Malaysia. Baru-baru ini, Porsche telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka kilang pemasangan tempatan (CKD) di Kulim, Kedah, iaitu kilang pertama Porsche di luar Eropah. Selain itu, pada bulan Ogos 2021, Malaysia berjaya mencatatkan aliran masuk modal pelabur asing sejumlah RM7.7 bilion, jumlah tertinggi sejak Jun 2020.

Menerusi Pelan Pemulihan Negara dan #Bajet2022, kita akan dapat memantapkan lagi ekonomi negara di samping memastikan #KeluargaMalaysia merasai impak positif sebegini secara langsung.

Arkib Foto

Logo Accessibility