YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri (KDN) bersama delegasi kementerian untuk membincangkan berkenaan #Bajet2022 bagi memastikan kesiapsiagaan KDN serta agensi dan organisasi berkaitan.
Menerusi #Belanjawan2021, Kerajaan telah memperuntukkan RM17 bilion kepada KDN, antaranya bagi memantapkan aset-aset serta usaha-usaha kawalan sempadan bagi memastikan kedaulatan negara terjamin.