Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama YB Menteri Kesihatan

Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama YB Menteri Kesihatan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi konsultasi #Bajet2022 bersama YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan.

Kemampuan kesihatan awam telah menjadi fokus utama Kerajaan, bukan sahaja dalam menghadapi COVID-19, tetapi juga kesihatan secara keseluruhan. ⠀

Antara usaha Kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan kesihatan #KeluargaMalaysia dalam menghadapi COVID-19 adalah RM1 bilion peruntukan di bawah #Belanjawan2021 untuk pelbagai usaha bagi membendung penularan COVID-19 seperti perolehan peralatan, bekalan reagen dan kit saringan, personal protective equipment (PPE) serta ubat-ubatan. ⠀ ⠀

Bagi kesihatan mental rakyat dan imunisasi kanak-kanak, di bawah #Belanjawan2021, Kerajaan telah memperuntukkan RM90 juta untuk imunisasi pneumokokal untuk 500,000 kanak-kanak, RM24 juta untuk mengukuhkan Program Kesihatan Mental.