Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama YB Menteri KeTSA

Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama YB Menteri KeTSA

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) dan delegasi kementerian untuk mendapatkan input #Bajet2022.

Walaupun berdepan pandemik, kelestarian alam harus terus dijamin dan bagi beliau, ini adalah masa terbaik untuk memperkasakan lagi usaha memelihara khazanah semula jadi kita yang juga merupakan tarikan menarik buat para pelancong. ⠀⠀

Di bawah #Belanjawan2021, Kerajaan telah memperuntukkan RM2.1 bilion kepada KeTSA untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti program penanaman pokok bakau, penguatkuasaan percerobohan haram, baik pulih kemudahan ekopelancongan dan program transformasi mineral negara.