Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama YB Menteri KPLB

Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama YB Menteri KPLB

Kesejahteraan #KeluargaMalaysia di luar bandar terus menjadi keutamaan Kerajaan. Kerajaan selama ini telah menyalurkan bantuan secara langsung dan juga amat menitikberatkan pembangunan yang dapat meningkatkan lagi sosioekonomi penduduk di luar bandar. ⠀ ⠀

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi konsultasi #Bajet2022 bersama YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar secara maya untuk berbincang mengenai input dan cadangan kementerian bagi #Bajet2022. ⠀ ⠀

Jika dilihat sebelum ini, Kerajaan, menerusi #Belanjawan2021 telah memperuntukkan beberapa inisiatif bagi pembangunan ekonomi dan komuniti luar bandar termasuk RM2.32 bilion untuk pembangunan infrastruktur asas, RM90.6 juta untuk pembangunan ekonomi dan keusahawanan, RM375 juta bagi Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan RM236.2 juta bagi pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan serta pengukuran tanah bagi penandaan sempadan untuk memperkasa komuniti Orang Asli di Malaysia. ⠀ ⠀

Kerajaan terus komited untuk mensejahterakan #KeluargaMalaysia di luar bandar menerusi input dan cadangan pelbagai pihak di dalam #Bajet2022.