YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk membincangkan input yang boleh memantapkan lagi #Bajet2022, terutamanya dalam memanfaatkan dan memulih semula usahawan tempatan.⠀

Sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara, Kerajaan telah memastikan impak belenggu sebegini terhadap usahawan tempatan diminimakan selain dari mengambil peluang untuk memastikan usahawan dapat beralih ke platform digital secepat mungkin. ⠀
⠀