Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YB Menteri Pengangkutan

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YB Menteri Pengangkutan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan dan delegasi kementerian secara maya untuk memperoleh cadangan bagi #Bajet2022.

Antara topik yang dibincangkan adalah usaha seterusnya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, memantapkan lagi penggunaan kenderaan berteknologi hijau dan keselamatan sosial pekerja sektor pengangkutan seperti pemandu bas, teksi dan e-hailing. ⠀

Di bawah pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus), Kerajaan telah menyalurkan bantuan one-off RM500 kepada pemandu teksi dan e-hailing, kereta sewa, bas sekolah dan bas persiaran dengan jumlah keseluruhan RM68 juta bagi membantu mereka yang terkesan sewaktu pandemik COVID-19. Selain itu, Kerajaan juga telah memperkenalkan Pas Perjalanan Tanpa Had MY30, sebuah program pas perjalanan untuk rakyat, dirangka khas untuk meringankan kos perjalanan harian, di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. ⠀

Pihak MOF akan meneliti cadangan-cadangan yang diajukan oleh pihak MOT untuk Belanjawan 2022, bagi memastikan aspek pengangkutan awam akan terus ditambah baik demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility