Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Sesi Konsultasi #Bajet2022 bersama YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), bagi membincangkan input dan cadangan yang boleh diterapkan ke dalam #Bajet2022.

Antara perkara yang telah dibincangkan adalah berkenaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang akan diterajui oleh MOSTI berkenaan COVID-19, pelbagai program bagi membantu ‘start-ups’, serta cadangan berkenaan inovasi untuk melonjakkan Malaysia ke IR 4.0.

Dalam kita memulihkan ekonomi dan rakyat menjelang pembukaan ekonomi, teknologi dan inovasi merupakan enjin dan asas pertumbuhan yang dapat melonjakkan kita ke hadapan.

Beliau berharap agar usaha #Bajet2022 dapat menjana inovasi, digitalisasi dan adaptasi teknologi lebih pesat lagi di kalangan belia, keluarga hingga ke generasi warga emas.