Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama YB Menteri Wilayah Persekutuan

Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama YB Menteri Wilayah Persekutuan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan untuk membincangkan mengenai input yang boleh diterapkan ke dalam #Bajet2022. ⠀

KWP juga adalah antara kementerian yang memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, terutamanya mereka yang berada di bandar.

Di bawah #Belanjawan2021, Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM900 juta untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti penyelenggaraan infrastruktur awam seperti pusat komersial dan taman-taman, dan baik pulih sungai. ⠀

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Menteri atas cadangan yang diberikan. #TeamMOF akan meneliti semua cadangan dan idea bagi memantapkan lagi #Bajet2022.