YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama komuniti perniagaan dan pelabur untuk sesi konsultasi #Bajet2023. Komuniti ini memainkan peranan penting dalam proses perangkaan bajet, kerana mereka bukan sahaja memaklumkan harapan mereka bagi tahun hadapan, tetapi juga memberi analisis mengenai keadaan semasa dan masa hadapan sektor pelaburan dalam dan luar negara, terutamanya berkaitan agenda kelestarian dan ESG supaya Kementerian Kewangan (MOF) dapat lebih memahami situasi dan merangka pelan-pelan yang efektif.

Peningkatan pelaburan pastinya akan meningkatkan pendapatan negara serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada #KeluargaMalaysia.

Bagi #Bajet2023, MOF akan terus mendengar dan meneliti cadangan pihak pelabur bagi memastikan Malaysia kekal sebagai pilihan utama pelabur asing dan tempatan dalam memperkasa usaha pemulihan ekonomi serta mensejahterakan #KeluargaMalaysia.