YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan serta komuniti perniagaan Cina di ibu kota untuk sesi konsultasi #Bajet2023.
Sejak 2020, beliau terus komited untuk berjumpa dengan komuniti perniagaan daripada pebagai kaum dan latar belakang bagi mendapatkan pandangan mereka.
Sebagai tokoh dan pakar dalam industri masing-masing, buah fikiran mereka amat berharga dalam memastikan #Bajet2023 dapat dirangka dengan inklusif dalam usaha memperkasa perniagaan tempatan.
Terima kasih beliau ucapkan atas semua cadangan dan pendapat yang diutarakan dalam sesi tersebut. Kementerian Kewangan akan menimbangkan semua pandangan yang dikemukakan untuk diterapkan di dalam #Bajet2023.