Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Konsultasi #Bajet2023 Di MOF

Sesi Konsultasi #Bajet2023 Di MOF

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil-wakil Pakatan Harapan yang hadir untuk sesi konsultasi #Bajet2023 di Kementerian Kewangan (MOF).

MOF sentiasa bersifat terbuka dalam mendapatkan cadangan dan pandangan daripada semua pihak, tanpa mengira latar belakang, bangsa, mahupun fahaman politik.

Sejak beliau di MOF pada tahun 2020, sesi konsultasi bersama parti pembangkang sentiasa dilaksanakan, terutama sekali bagi merangka polisi-polisi negara, untuk memastikan semua suara didengari dan diteliti demi kesejahteraan semua #KeluargaMalaysia.

 MOF akan meneliti semua cadangan dan idea yang dikemukakan.

Arkib Foto

Logo Accessibility