YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi Konsultasi Belanjawan 2021 secara maya bersama Industri Kreatif.
Mereka telah membincangkan inisiatif-inisiatif yang diperlukan untuk membina satu ekosistem kreatif yang lestari dan dinamik. Ini termasuklah memupuk kerjasama sektor korporat yang mampu menjadi pelabur dan ‘rakan seni’, keperluan untuk memperluas usaha pembangunan industri di luar bandar, dan cara untuk meningkatkan penjualan produk kreatif Malaysia.


