YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan konsultasi #Belanjawan2022 bersama Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) untuk mendapatkan input dan cadangan mengenai perkhidmatan kesihatan di Malaysia. rluan untuk memperkenalkan sebuah belanjawan yang menyokong pemulihan ekonomi negara.
Kesihatan awam adalah penting untuk mana-mana negara, terutama sekali sewaktu kita menghadapi krisis kesihatan seperti sekarang ini. Menerusi semangat #KeluargaMalaysia, Kerajaan mempraktikkan pendekatan ‘Whole-of-Nation’, di mana Kerajaan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk satu matlamat yang sama, iaitu mengeluarkan Malaysia dari belenggu COVID-19.
Antara yang dibincangkan bersama APHM adalah bagaimana kerjasama antara Kerajaan dan pihak swasta dapat dieratkan lagi bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, memperkasa sistem kesihatan di peringkat hospital awam serta swasta dan juga pemulihan sektor pelancongan kesihatan.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil-wakil yang telah hadir dan segala input yang diberikan akan diteliti oleh #TeamMOF.