Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Konsultasi bersama Yayasan Hasanah, Yayasan-yayasan daripada GLIC dan GLC serta NGO

Sesi Konsultasi bersama Yayasan Hasanah, Yayasan-yayasan daripada GLIC dan GLC serta NGO

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama Yayasan Hasanah, Yayasan-yayasan daripada Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Women of Will, Earth Heir, Me.Reka dan Rimau untuk membincangkan mengenai aspek kehidupan dan mata pencarian dalam #Bajet2022.

Seperti yang kita sedia maklum, pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada kehidupan dan mata pencarian rakyat terutamanya mereka daripada kalangan B40 dan miskin tegar. ⠀

Sejak bermulanya pandemik COVID-19, Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif di bawah pakej-pakej rangsangan dan bantuan ekonomi serta #Belanjawan2021 khusus bagi mengekang kemiskinan bandar dan meringankan beban golongan rentan seperti bantuan tunai (Bantuan Prihatin Nasional dan Bantuan Prihatin Rakyat), Program Subsidi Upah, Program Bakul Makanan dan Program Pengambilan Pekerjaan.

Inisiatif seperti ini akan diberi penekanan di dalam #Bajet2022 bagi memastikan mereka yang terjejas mendapat bantuan dari pelbagai aspek demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia. ⠀ ⠀

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Kerajaan yang masih berjalan, rakyat Malaysia boleh layari di laman sesawang: belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/

Arkib Foto

Logo Accessibility