Sesi Konsultasi PPN bersama Parti AMANAH

Sesi Konsultasi PPN bersama Parti AMANAH

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan #TeamMOF telah mengadakan sesi konsultasi Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersama Parti Amanah Negara (AMANAH), yang dihadiri oleh YB Tuan Khalid Abd Samad dan YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad bagi mendapatkan input yang boleh menambah baik pelaksanaan PPN.

Sebagai sebuah Kerajaan yang inklusif, saranan dan pandangan semua pihak adalah amat dihargai dan merupakan aspek yang penting. Kerajaan sentiasa bersifat terbuka dan komited untuk meneliti semua cadangan yang diterima tanpa melihat latar belakang politik.

Inilah keistimewaan PPN yang bersifat dinamik, di mana boleh dan akan ditambah baik mengikut keperluan semasa dan berdasarkan input-input dari semua pihak.

Input-input yang diteliti juga akan dibincangkan semasa mesyuarat mingguan Majlis Pemulihan Negara dan semua pihak akan mencari serta membuat keputusan yang mampu memberi impak terbaik kepada rakyat, perniagaan dan ekonomi.