Sesi Konsultasi PPN Bersama Parti BERSATU

Sesi Konsultasi PPN Bersama Parti BERSATU

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi konsultasi Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diwakili oleh Encik Mohd Rafiq Mohd Abdullah, Tuan Haji Mohd Zulkifli Zakaria, Dr. Muhammad Faiz Na’aman, dan YB Dato’ Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya.

Kerajaan terus komited mendekati semua pihak tanpa mengira latar belakang politik demi mendapatkan sebanyak mungkin input dalam melaksanakan PPN. Sebagai sebuah pelan yang dinamik dan mengambil pendekatan ‘Whole of Government and Society’, sesi-sesi konsultasi sebegini merupakan komponen penting penambahbaikan PPN mengikut keperluan semasa demi kesejahteraan semua.