YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menerima kunjungan TYT Emir Salim Yuksel, Duta Besar Turkiye ke Malaysia.

Sepanjang sesi tersebut, mereka telah membincangkan beberapa perkara seperti kerjasama ekonomi berterusan Malaysia-Turkiye, keadaan ekonomi semasa kedua-dua negara serta pelaburan-pelaburan yang berpotensi menguntungkan rakyat Malaysia dan Turkiye.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada TYT Emir Salim Yuksel atas kesudian mengunjungi #TeamMOF. Semoga kerjasama Malaysia-Turkiye akan terus erat demi kesejahteraan ekonomi dan rakyat kedua-dua buah negara ini.