Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Kunjungan Hormat Delegasi Global Leadership Foundation

Sesi Kunjungan Hormat Delegasi Global Leadership Foundation

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah berkesempatan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Global Leadership Foundation (GLF) diketuai oleh bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.

Mereka telah berbincang mengenai kepentingan tadbir urus negara yang baik serta usaha berterusan Kerajaan dalam membersihkan negara daripada rasuah.

Perbincangan turut menyentuh peranan penting Malaysia sebagai anggota ASEAN dalam memacu pembangunan serantau serta mengemudi usaha kolektif pertubuhan itu dalam menangani situasi di Myanmar.

Beliau turut menegaskan komitmen negara dalam menyuarakan pendirian tegas negara berhubung isu-isu yang berkepentingan termasuk percaturan geopolitik kuasa-kuasa dunia dan usaha penyelesaian damai kepada konflik di Palestin.

GLF yang berpengkalan di London, merupakan sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dan berperanan menyokong kepimpinan politik dan tadbir urus yang baik melalui perkongsian pengalaman bekas-bekas pemimpin dengan pemimpin negara masa kini.

Arkib Foto

Logo Accessibility