Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Kunjungan Hormat Duta Arab Saudi ke MOF

Sesi Kunjungan Hormat Duta Arab Saudi ke MOF

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menerima kunjungan hormat daripada Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan, Duta Arab Saudi di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.

Malaysia dan Arab Saudi sememangnya mempunyai hubungan yang erat dan terjalin sejak sekian lama. Banyak perkara yang telah dibincangkan, antaranya kerjasama dua hala bagi mengukuhkan lagi ekonomi Malaysia dan Arab Saudi terutamanya dalam fasa peralihan ke endemik.

Turut dibincangkan dalam sesi pertemuan tersebut adalah langkah-langkah bagi merapatkan lagi hubungan kedua-dua buah negara demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia dan rakyat Arab Saudi.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Duta Arab Saudi di atas kunjungan tersebut. Bagi beliau, hubungan Malaysia-Arab Saudi akan sentiasa kekal rapat, bagai air dicincang tidak akan putus.

Arkib Foto

Logo Accessibility