YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Seri Mutiara.

Sempena bulan Ramadan yang mulia, beliau turut menghadiahkan hasil bumi Palestin kepada TYT Tun dan Toh Puan.
Beliau amat menghargai tunjuk ajar daripada TYT Tun tentang pembangunan negeri Pulau Pinang. Beliau juga setuju dengan wawasan Tun untuk membangunkan pasaran kewangan sebagai lembaran baru kemajuan negeri Pulau Pinang.

Dalam kunjungan tersebut, turut dibincangkan berkenaan peri pentingnya institusi Yang di-Pertua Negeri sebagai simbol kedaulatan negeri di bawah Perlembagaan Malaysia dan tunjang kepada pembangunan negeri serta perpaduan rakyat Pulau Pinang.

Amanat TYT Tun akan sentiasa beliau semat di hati dalam menjalankan tugas beliau sebagai wakil rakyat dan Timbalan Menteri Kewangan II di Kementerian Kewangan.