YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah menerima sesi kunjungan hormat oleh Dr. Manuela V. Ferro bersama delegasi daripada pejabat East Asia & Pacific Region, World Bank Group.

Antara perkara yang dibincangkan adalah trend dan cabaran ekonomi semasa global dan serantau serta bertukar pandangan tentang polisi-polisi utama yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memanfaatkan rakyat Malaysia.
![]() |
![]() |
Sesi tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Bahagian Antarabangsa, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Pejabat Belanjawan Negara serta Bahagian Cukai.
![]() |
![]() |