Kunjungan Hormat YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor ke atas YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.

Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut antaranya mengenai hal ehwal pentadbiran, peruntukan dan pembangunan khususnya yang melibatkan negeri Johor.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara dan Puan Sharifah Wahaida Lailatul Syed Hassan Sagaff, Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik.

