YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi membincangkan Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 di Wisma PETRA, Putrajaya.

Pihak pengurusan tertinggi PETRA diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA. Manakala, delegasi Kementerian Kewangan turut dihadiri YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar, Pengarah Belanjawan Negara dan wakil Pasukan Belanjawan 2025.

