YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah, Menteri Kewangan II telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kunjungan hormat ini meliputi perbincangan mengenai peranan dan tekad BSN dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan mudah digapai oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia.
Dalam Belanjawan 2024, sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan di bawah pinjaman mikro BSN untuk membantu menyediakan modal perniagaan, pembelian peralatan, premis serta pemasaran kepada penjaja dan pengusaha kecil.
BSN tidak ketinggalan dalam menyokong aspirasi Kerajaan MADANI dengan memperkukuhkan usaha membantu para pelanggan bersasar yang terdiri daripada kumpulan pendapatan B40, M40 dan pelanggan perusahaan mikro.