Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Kunjungan Hormat Pengarah Eksekutif UN-Habitat

Sesi Kunjungan Hormat Pengarah Eksekutif UN-Habitat

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima kunjungan hormat oleh YBhg. Datuk Seri Paduka Maimunah Mohd Sharif, Pengarah Eksekutif UN-Habitat serta delegasi-delegasi UN-Habitat. Turut bersama-sama adalah Encik Hamdan Majeed, Ketua Pegawai Eksekutif Think City.

Semasa sesi tersebut, mereka telah membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan aspek SDG dan inisiatif kelestarian negara. Buat masa ini, UN-Habitat sedang melaksanakan beberapa projek di Malaysia yang diketuai oleh Cawangan Perancangan dan Reka Bentuk Bandar, termasuk ruang awam, pengangkutan hijau dan inisiatif warisan di Melaka, serta sokongan kepada sistem mobiliti bersepadu pintar di Iskandar.

UN-Habitat juga bekerjasama dengan KPKT untuk memastikan pembangunan masa depan sejajar dengan matlamat SDG, khususnya SDG11 - “Bandar & Komuniti Lestari” yang bertujuan menjadikan bandar inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan. Beliau difahamkan bahawa salah satu usaha mereka adalah melalui Rangkaian Penunjuk Bandar Malaysia (MURNInet) dibangunkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Persekutuan, Semenanjung Malaysia (FDTCP) untuk menilai prestasi dan tahap kemampanan bandar raya di Malaysia.

Kerajaan juga sedang berusaha untuk membangunkan Balai Cerap Bandar Malaysia (Malaysia

Arkib Foto

Logo Accessibility