Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Kunjungan Hormat Presiden IsDB

Sesi Kunjungan Hormat Presiden IsDB

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima kunjungan daripada TYT Dr Muhammad Sulaiman Al Jasser, Presiden Islamic Development Bank Group (IsDB) dan delegasi. Turut bersama-sama adalah Encik Mohamed Abida, Pengarah IsDB Centre of Excellence (COE) KL.

Sepanjang pertemuan, beliau telah berkesempatan berkongsi mengenai status terkini ekonomi dan kewangan negara serta langkah-langkah ke hadapan bagi Malaysia dalam fasa peralihan ke endemik.

TYT Dr Muhammad Sulaiman juga telah berkongsi mengenai strategi penjajaran semula untuk tahun 2023 hingga 2025 bagi menyokong peralihan operasi perbankan negara anggota ke arah kelestarian (SDG).

Mereka turut bertukar pendapat mengenai pengalaman dan pengajaran mengenai ESG dan SDG serta bagaimana Malaysia dan IsDB COE KL dapat memperkasa hubungan dan seterusnya memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia dan ekonomi negara terus terjamin.

Arkib Foto

Logo Accessibility