Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Kunjungan Hormat Presiden Islamic Development Bank

Sesi Kunjungan Hormat Presiden Islamic Development Bank

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan menerima kunjungan hormat Presiden Islamic Development Bank (IsDB). Ini merupakan kunjungan pertama Presiden IsDB ke Malaysia.

Pertemuan tersebut adalah rentetan pertemuan pada 1 hingga 4 Jun 2022 di Sharm El Sheikh. Pelbagai perkara yang dibincangkan termasuk dalam usaha memperdalam dan meneroka lagi kerjasama antara IsDB dan Malaysia dalam penglibatan program melalui Innovative Member Country Partnership Startegy (MCPS) dengan Malaysia sebagai rangka kerja sederhana penglibatan strategik antara negara.

Turut dibincangkan untuk mencari kaedah terbaik bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara dan bagaimana untuk menangani kemiskinan rakyat serta membina daya tahan yang lebih tinggi.

Semoga dengan pertemuan sebegini dapat membantu Malaysia berada di landasan pemulihan yang tepat.

Arkib Foto

Logo Accessibility