YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima kunjungan rasmi TYT Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya. ⠀
Sepanjang perjumpaan, mereka telah berbincang mengenai isu-isu semasa, hal ehwal ekonomi global dan langkah-langkah strategik yang dapat memastikan kesejahteraan bukan sahaja kedua-dua Malaysia dan Singapura, tetapi juga rantau ASEAN. ⠀ ⠀

Pastinya sebagai jiran terdekat kita, Malaysia dan Singapura mempunyai ikatan yang sangat erat dan kita sentiasa menyokong satu sama lain dalam menghadapi sebarang krisis. Beliau berharap hubungan baik sebegini akan berkekalan selamanya, demi kesejahteraan kedua-dua buah negara. ⠀
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada TYT Vanu Gopala Menon atas kunjungan tersebut.