YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menerima kunjungan hormat daripada YAB Datuk Onn Hafiz Dato’ Ghazi, Menteri Besar Johor di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.

Beliau merakamkan ucapan tahniah dan mengucapkan selamat menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Sepanjang sesi kunjungan hormat tersebut, beliau dan YAB Menteri Besar turut berbincang mengenai pelaksanaan inisiatif #Bajet2022 di Johor dan maklumat terkini keadaan ekonomi dan kewangan negeri.
MOF di peringkat Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaksanaan inisiatif buat seluruh #KeluargaMalaysia berjalan dengan lancar dan tertumpu kepada mereka yang layak dan memerlukan. Kerjasama rapat sebegini akan diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara.