YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah menerima kunjungan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Encik Mohd Izzat Afifi di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya untuk mendapatkan input serta berbincang berkenaan pembangunan masa hadapan anak muda khususnya golongan belia.

Bagi beliau, belia memang diperlukan dalam program-program yang menonjol dan bukan setakat program yang sedia ada sahaja, malah juga perlu mempergiatkan lagi program-program baharu yang menyerlahkan pendirian sebagai belia Malaysia dan mempamerkan idea-idea bernas warga belia untuk negara.

Platform yang menonjolkan bakat dan juga keperibadian sebuah institusi kepemimpinan belia juga akan memberikan gambaran bahawa warga belia mempunyai kebolehan untuk memacu pemerintahan negara pada masa hadapan.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada MBM kerana telah sudi berkunjung ke MOF. Beliau doakan semoga segala perincian dan perancangan untuk MBM dapat dilaksanakan dan dipermudahkan urusan.
Beliau akan menggunakan kesempatan yang ada untuk memperjuangkan nasib golongan belia di Malaysia.