YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah menerima kunjungan Tuan Haji Mohd Haswandi Haji Ahmad, Pengarah I-Lead KBS di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.
Mereka turut berkesempatan mengadakan perbincangan berkenaan pembangunan belia dan kepimpinan serta berkongsi pendapat mengenai pembangunan modal insan secara keseluruhan.
Pembangunan belia akan terus diperkasa bagi melahirkan anak muda yang yang berwibawa dan berwawasan jauh pada masa akan datang.