YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima kunjungan Encik Eric Conrad, Pengarah Urusan, Sektor Awam ASEAN, Amzon Web Services (AWS) di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.
AWS adalah anak syarikat Amazon yang mengendalikan perkhidmatan ‘on-demand cloud computing’ dan ‘Application Programming Interface (API)’.

Dalam usaha Kerajaan ke arah transformasi digital, MOF sentiasa membuka peluang kepada pelbagai pihak untuk mencadangkan inisiatif-inisiatif yang dapat melonjak Malaysia sebagai salah sebuah negara digital di rantau ini. Kepentingan transformasi digital tidak lagi boleh disangkal kerana ia telah menjadi keperluan bukan sahaja bagi sektor awam, swasta dan pernigaan, tetapi juga buat kesalinghubungan #KeluargaMalaysia.

Di bawah Bajet 2022, Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif pemerkasaan transformasi digital seperti RM40 bilion SemarakNiaga, RM1.1 bilion bagi program latihan peningkatan kemahiran digital seperti Global Online Workforce (GLOW) dan penubuhan 600 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).