Kementerian Kewangan telah menerima lawatan akademik iaitu Kelab Ekonomi, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melibatkan seramai 40 orang pelajar.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Muhammad Syah Ab Rauf, Penolong Setiausaha di Bahagian Fiskal dan Ekonomi dan sesi soal jawab turut diadakan pada akhir program.
Sepanjang sesi lawatan tersebut, mereka kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke MOF.
Semoga sesi sebegini dapat memberi manfaat dan pengalaman sebelum mereka menempuh alam pekerjaan.