Kementerian Kewangan (MOF) telah menerima lawatan akademik oleh Politeknik METrO Johor Bahru yang melibatkan seramai 35 orang pelajar Diploma Kewangan Islam dan tiga orang pensyarah pengiring.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Nirwan Noh, Timbalan Setiausaha Bahagian, Sektor Penyelidikan Ekonomi, Bahagian Fiskal dan Ekonomi. Sesi soal jawab turut diadakan sebelum program berakhir.
Sepanjang sesi lawatan tersebut, mereka kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke MOF.