Kementerian Kewangan telah menerima lawatan akademik oleh Islamic Finance Students’ Association, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang melibatkan seramai 39 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohamad Shahir Jamalludin, Penolong Pengarah Belanjawan Negara, Pejabat Belanjawan Negara. Sesi soal jawab turut diadakan sebelum sesi berakhir.
Sepanjang sesi lawatan tersebut, mereka kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke MOF.