Pilih bahasa anda
Kementerian Kewangan telah menerima lawatan akademik oleh pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam yang melibatkan seramai 35 orang pelajar dan dua orang pensyarah pengiring.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Puan Maslina Mansor dan YBrs. Encik Noorhalizam Mohamed Noor daripada Bahagian Fiskal dan Ekonomi.
Sesi soal jawab dan kuiz turut diadakan dan sekali gus dapat memberi ruang kepada para pelajar untuk memahami topik dengan lebih mendalam.