Kementerian Kewangan telah menerima lawatan akademik oleh pelajar-pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang melibatkan seramai 58 orang pelajar.
Membuka tirai bagi tahun 2026, sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Abdul Rahim Md. Jamil, Ketua Penolong Setiausaha, Sektor Makroekonomi, Bahagian Fiskal dan Ekonomi.
Sesi soal jawab turut diadakan sebelum program berakhir. Sesi sebegini juga dapat memberi ruang kepada para pelajar untuk memahami topik dibincangkan dengan lebih mendalam.