Kementerian Kewangan telah menerima lawatan akademik oleh Universiti Tenaga Nasional, Putrajaya yang melibatkan seramai 23 orang pelajar dan seorang pensyarah kanan.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Puan Noorahayu Yahya, Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Monetari, Bahagian Fiskal dan Ekonomi. Sesi soal jawab dan kahoot turut diadakan sebelum sesi berakhir.
Sepanjang sesi lawatan tersebut, mereka kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke MOF.
Semoga sesi sebegini dapat memberi manfaat serta pengalaman sebelum mereka menempuh alam pekerjaan.