Seramai 30 orang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dan seorang pensyarah pengiring telah turun padang ke Kementerian Kewangan (MOF) sempena sesi lawatan akademik.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Muhammad Syah Ab Rauf, Penolong Setiausaha di Bahagian Fiskal dan Ekonomi dan sesi soal jawab turut diadakan pada akhir program.
Sepanjang sesi lawatan tersebut, mereka kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke MOF.
Mereka juga berkesempatan bertemu dengan YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I di lobi utama MOF.