Bahagian Undang-undang (BUU) Perbendaharaan telah menerima lawatan daripada YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan disambut oleh Puan Rafidah Omar, Peguam Cara Perbendaharaan.

BUU berperanan dalam memberi nasihat perundangan kepada semua Bahagian di Perbendaharaan, Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Selain itu, BUU juga bertanggungjawab menggubal dan menyemak undang-undang, peraturan, kaedah dan dokumen perundangan lain untuk mencapai tujuan keseluruhan kestabilan, keadilan dan integriti dalam sektor kewangan.

