Kementerian Kewangan telah menerima lawatan iaitu East Java Human Resources Development Board yang melibatkan seramai 30 orang penjawat awam Indonesia.
Lawatan telah diketuai oleh Dr Ramliyanto, Head of Organization Bureau Regional Secretariat of East Java Province.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Ezleezan Othman, Ketua Seksyen Bahagian Cukai (Dasar & Pelaksanaan GST).
Sepanjang sesi lawatan tersebut, mereka kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke MOF dan turut berkesempatan melawat sekitar bangunan MOF.