YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengadakan lawatan ke Seri Negara bersama-sama Ahli Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (Backbenchers).
Sesi lawatan dan taklimat ini antara objektifnya adalah memperlihatkan sebuah bangunan warisan yang telah dipulihara dan memberikan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai rasional, skop serta manfaat inisiatif sekali gus dari sudut pemuliharaan warisan dan penghidupan semula ruang awam bersejarah untuk rakyat.
Melalui Belanjawan 2026, Khazanah Nasional Berhad telah memperuntukkan untuk melabur sebanyak RM600 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan utama. Penglibatan ini adalah selaras dengan mandat Kerajaan MADANI untuk memastikan aset warisan strategik negara dipulihara secara berintegriti, mematuhi piawaian warisan serta memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara.