Unit Integriti Perbendaharaan Malaysia telah menerima kunjungan hormat dan sesi libat urus oleh YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan yang baharu di Bilik Mesyuarat Utama Unit Integriti, Perbendaharaan 2.

Sesi ini dimulakan dengan penyampaian taklimat oleh YBrs. Tuan Kamaruddin M Ripin, Ketua Unit Integriti mengenai latar belakang, fungsi dan peranan Unit Integriti Perbendaharaan Malaysia.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan di Unit Integriti.

YB Liew Chin Tong juga berkesempatan beramah mesra dengan semua warga UI pada akhir sesi tersebut.
<
