Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan Kerja Di Labuan

Sesi Lawatan Kerja Di Labuan

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengadakan lawatan kerja ke Labuan. 

Lokasi pertama adalah Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Shahrazat Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), YBhg. Dato’ Dr. Amiruddin Mohamed, Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, YBrs. Puan Aspalila Haji AG Tuah, Pengarah Kastam Labuan, YBrs. Encik Affendi Rashdi, Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan YBrs. Encik Azhar Othman, Pengerusi LDA Holding.

Beliau turut berkesempatan meninjau di terminal dan membuat rondaan laut sekitar Labuan antaranya Pulau Enoe, Pulau Papan dan perindustrian minyak dan gas.

Kemudiannya beliau dan delegasi hadir ke Wisma Kastam Labuan dan turut mendengar sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Kastam Labuan.

Sesi taklimat tersebut antaranya berkisar latar belakang dan pencapaian Kastam Labuan pada tahun ini.

Arkib Foto

Logo Accessibility